Online Diary ~ Kisah Qaseh Andrea ~: Wahai Wanita ...

Followers

Wednesday 21 September 2011

Wahai Wanita ...

Kukan selalu mencintaimu . . . 


Wahai wanita, jgnlah mudah kau beralih kasih, tinggiknlah darjat mu, kuatkanlah kesetiaan mu, jgn kau lukai hati insan yang amat mencintaimu ..


Wahai wanita, cinta itu sungguh suci, jgnlah kau memberi ruang dan peluang kpd insan lain yang ingin mencuba, kau pertahankan cintamu sayang ..

Wahai Wanita, setiap ciptaan Tuhan itu ada kekurangannya, bersabarlah, ingatlah kasih, pengorbanan dan penghargaan yang pernah diberi .. pasti kau kembali mengerti .

Wahai Wanita,  perjalanan kisah cintamu cukup indah, dihiasi kasih sayang dan kesetiaan, kau biarkan kaum adam tunduk mengalah dengan sifatmu, kuatnya kuasa cintamu itu ...

Wahai Wanita, jika iman dan takwa yang dicari, tanyakan ibu bapamu, belum cukupkah segala ilmu yang diberi sehinggakan kau yakin dengan mudah wujud seseorang insan yang dapat mengajar kau segalanya, sedangkan semuanya bermula dari hatimu sendiri, mustahil kau terlalu jahil dengan dengan semua itu ...

Wahai Wanita, tanyakan dirimu siapa lelaki itu, yang kuasanya cukup hebat sehingga mampu menghalang kau dari terus menghubungi insan yang telah kau berikan jiwa dan ragamu itu, si dia yang mampu membuatkan kau menipu dirimu ...

Wahai Wanita, kau ciptakan seribu satu alasan bagi memuaskan hati org yang pernah kau cintaii, tp adakah insan yang kerdil itu mampu menerimanya setelah sekian lama kau memberikan kasih dan harapan kepadanya?

Wahai Wanita, kau sendiri boleh membuat pilihan yang terbaik utk dirimu, alangkah indah bila kau dapat hidup susah dan senang bersamanya, adakah kau sedar dia telah memberikan seluruh cintanya kepada mu? 

Wahai Wanita, pulanglah, kau lebih mengerti dan memahami isi sebenar hatimu, jika kesalahan dan kesilapan lalu menjadi batu penghalang, kau maafkan dirinya, yakinlah sayang dan rindu kau itu mampu mengatasi perasaan bencimu itu ...

Wahai Wanita, jika kau ingin berubah, bawalah insan itu bersamamu, carilah ilmu bersama-samanya, yakinlah Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengampuni, yakinlah kepada-Nya, saling membantulah antara kamu kerana dengan itu cinta kamu akan membawamu ke syurga ...

Wahai Wanita, sudahlah, usahlah kau berfikir lagi, lupakan saja manusia baru itu, bpeganglah pada janjimu dahulu, setiap manusia pasti ada kelemahannya, terimalah semula kekasih lamamu yang amat setia dan menyayangimu ...

Wahai Wanita, tidakkah kau rindu dengan senyumannya, tidakkah kau rindu dengan gelaran yang diberikan olehnya, tidakkah kau rindu dengan keprihatinan, mengambil berat dan kasihnya kepadamu, sudahkah kau lupa semua itu?

Wahai Wanita, kembalilah padanya, tiada insan lain yang lebih memahami dirimu, yang mampu menjagamu dan tertawan dengan karenah dan gelagatmu ...Wahai Wanita, Sedarlah... Dia Amat Menyayangimu ...


   p/s : ini adalah karya seorang sahabat yang ingin meluahkan isi hatinya..bukan karya dri owner blOg ini~ 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen