Online Diary ~ Kisah Qaseh Andrea ~: December 2012

Followers

Thursday 27 December 2012

Belated Birthday from BFF


nk update blog pasal birthday lagi bolehh..?? hahahaha ! x sangka wehhh.. kat tepeng pun ade birthday celebration lagi. sumpah ! aku x expect langsung. memangla kt twitter bebudak ni sume dok ckp pasal tepung la telur la, aku ingat diorg nk prank aku tp prank tu xde punnn..yang ade adalah birthday celebration yang sangat  suweeeet yang di rancang oleh para bff aku kat kamunting niii.. Ya Allah ! terharu gila wehh !  buat pulak dekat Mekdi Lake Taiping. so, sangat memberi moment kepada aku sbb Taman Tasik Taiping adalah salah satu tempat yang paling aku suka pegi bila balik kampung ! kawan2 aku ni baik sangat la. terima kasih Hezwan, Aslam dengan Ery. korang dah buat aku rse org yang paling bertuah dekat muka bumi ni sebab ade kawan mcm korang ! *menanges2 smbil buat post ni. hahahaha ! sape la yg x terharu kan bila kawan baik sendiri menyanyi lagu birthday untuk aku walaupunnn birthday aku dah seminggu lepasnya. diorg ni sume pulak jenis kreatif dan inovatif, lagu birthday tu pun diorg buat dengan pelbagai version ! sampai aku x jadi nak menanges sbb nk gelak jee tgk diorg. lepas kenyangkan perut dekat mekdi, kitorg jadi gila2 pulak dekat Karok Taiping Sentral. disebabkan menghargai diorg ni sume, aku pun karok la skali walaupun suara non hadoooo.. hahahahahaha. the best part is, aku rakam aksi2 diorg ni yang seksi nyanyi lagu Rock dgn Dangdut. walaupun kualiti video tu amatlah menyedihkan dan org yg rakam tu a.k.a aku sendiri yg x pandai nk merakam diorg so video tu biarlah menjadi koleksi peribadi aku. hahahahaha !

x lengkap blog ni kalau xde gambar kann..?? hewhewhew. nk upload la nii.. baru je dpt td dri Hezwan. and untuk ending post ni, aku nak ucapkan sekali lagi trillion terima kasih kepada sahabat-sahabat yang disayangi, Aslam, Ery dah Hezwan. harap persahabatan kita kekal selamanya :)






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 23 December 2012

Happy Birthday, Fatin Fazureen



Part I
arini dah 24/12/12. walaupun dah 3 hari berlalu, still, kenangan 21/12/12 xkn sesekali aku lupakan sepanjang hidup aku. hewhewhew. kalau korang perasan, dekat wishlist blog aku,ade wish nakkan sambutan hari lahir yang paling diingati ! and yeayyy !! i got it ! sumpah ! terharuuu gila ! lepas ni boleh tick dekat wishlist box tuu. hehe. bermula dengan celebration yang pertama dekat fac. x expect langsung akan disambut before pukul 12 ! maybe sebab xnk kek aiskrim tu cair so diorg decide celebrate awal. tapiiiiii..thanx sangat2 dekat korang..!! especially to my bff  Iwan Hezwan yang kononnya g balik kolej nk amek barang tp last2 bawak segerombolan kwn2 untuk nyanyi beramai2 sampai bergema fac tuhh.. hahaha. terkedu x terkata, speechless, terus lupa mse tuu tgh buat tesis! hahaha. and sebab speechless jugak, aku sendiri lupa nk amek gambar byk2 moment tu.hanya dari kamera pija ngan fidos je yg sempat amek. huhu..btw, thank youuu miyako, afie, fahmi, zack, pija, yiyien, khaira, nurul, nisrina, daniel dan syaza..!! sangat suweet bila sume kawan2 suapkan kek dekat birthday girl. hewhewhew. thanks korang..!

happy birthday to me..!!
Part II
okeyyy.. masuk part kedua hari kelahiran. aku ingatkan xde prank utk aku..sbb malam tu sume baik2 je xde nk baling tepung ke durian ke kat aku. hahahaha. tapiiiiiiii..balik je bilik kat kolej tuu..dengan mamai2 sebab dikejutkan oleh seseorang. bermulalahhh...gue di prank dengan begitu scary sekali ! hahaha..nk cter jalan cerita mcm panjang sgt. tapi ade pelakon2 hebat yang menjayakan prank tersebut. gue dibelasah teruk oleh Pija ! huhu. menanges jugak la kannn dah kne prank gitu. lepas berbasahan akibat dijirus dgn air satu botol dan bedak satu botol jugak, aku ingatkan semua tu dah berakhir. ohh, belum lagi rupanyaaaaaa... jap, nk tunjuk gambar 1st prank dulu. hahaha.

kehodohan terserlah. hahahah ! tudung dgn shawl tu sebenarnya xde pun.
sbb nak amek gambar, pakai sarung je.hihi

lepas scene kat ats ni, aku balik bilik aku nk amek hp. then, bermula lah prank yg kedua.. kne simbah pulak dengan 1 baldi air ! eh jap, aku rse mcm lebih dri 1 baldi jee..hahaha..memang berkuyup-kuyup la time tuuuu..gambar xde ! sbb hp aku pun basah, nasib x rosak. hahahaha. korang ingat prank dah abes..?? belum lagi woiiiiiii... dah comot2, basah2, opkos la nak mandi.. huhu. gerrandddd dalam toilet pun kne prank ! tgh sedap2 mandi, kne jirus pulak dengan berbaldi2 air dari atas !.oiiii, bukan air paip biasa tuu.. air asam jawa okeyyy !! hahaha pandai diorg ni kenakan aku ! busuknya, nauzubillah...bau belacan sume ade. hahahaha. sampai 5 kali shampoo jugak la nk hilangkan bau wangi tuuu..hahahahaha. smpai nk kluar toilet pun jadi takut ! membayangkan prank2 berikutnya. hahahaha tapi nasib baikkk..prank hanya setakat itu sahaja ! kesudahannya, birthday aku diraikan dengan penuh kasih sayang. hewhewhew. kitorg spend masa selama 3 jam dekat karok. nyanyilah ko sepuas2nyaa..dangdut, hindustan, jiwang, sume ade ! yang paling best, diorg ramai2 nyanyikan lagu Sahabat utk aku. sobs sobs. terharu gila ! siap rakam lagi. bila tengok balik, sayu je hati ni. huhu.lepas ni susah nk gather sama2 dah. pape pun, korang kwan aku dunia akhirat ! thank youu diya, pija, ain amirah, fiza, yaya, miyako, mira for the memorable day ! sayang korang !

thank youu rumet for the cake and hadiah !
rumet yang paling baik yg pernah aku kenal ! thanx diya !
sambil karok smbil makan kek ! 
jom karokk..!! 3 jam tanpa henti
huhu lepas ni masing2 pegi praktikal :(
Part III
keesokan harinya, celebrate pulak dekat umah Maksu. hehe.. punya la lama aku nk dtg rumah maksu ni setelah sekian lama x menjejakkan kaki. last2 celebrate birthday jugak kt sne. tp actually, bukan celebrate birthday aku semata2. kebetulan 22/12/12 birthday cucu maksu, Raffiqi Haziq. so alang2, kat kek tu, letak nama aku skali. hehehe..meriah sungguh la ! suka sbb ramai budak2. yang paling penting dapat jupe dgn baby kak yana, Hazlin Hani Dahlia. comel sangat ! and kak yana belanja baju kurung + kasut untuk praktikal nnty. hewhewhew. thank youu kak yana ! hanya gambar kek sahaja yg dpt diupload, sbb gambar lain sumenye freehair ! hahahaha
sebenarnya patut tulis featuring fatin tp org kek tu salah tulis !
selesai sudah kisah di hari kelahiran. sangat2 bermakna dalam hidup ! thanks kepada semua yang wish. thanks kawan- kawan semua. budi baik anda Tuhan sahaja yang dapat balas :) rse sangat2 bertuah dikurniakan kawan2 sebaik anda semua. doakan yang terbaik utk masing2. semoga Berjaya !



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 13 December 2012

Happy Birthdayyy Zuhaili !!

Entry ni khas ditulis sebagai hadiah kenang-kenangan untuk Birthday Zack, 13/12/2012 iaitu arini. So, sebelum tarikh tu berakhir tgh malam nanti, meh nk story2 cket pasal Zack ni. hehe. Selamat Hari Lahir yer wahai abangku. dah nak dkat 3 tahun kita bersama, suka duka bersama..sentap2 tacing2 bersama.hahahaha. dah biasa dah kalau kne carut dengan si Zack ni. sabar je lah kannn..-.-" kadang2 annoying jugak Zack ni. kuat psiko org ! aku teringat pulak mse dia psiko aku untuk tettttttttttttttttt..biarlah aku ngan dia je yang tahu. hahahahaha. "cter cni habis cni je" hahahahahaha.  Masa aku tulis ni, dia tgh busy siapkan Advokasi. so bila2 nanti bila dia bce entry ni, dia boleh la ingat2 balik. hahahaha. xnak la story byk2 pasal dia. nanti xtdo malam pulak..tibaaaaaa..!!! pape pun, aku doakan ko Semoga berjaya dunia akhirat, bahagia dengan insan-insan yang disayangi, xlupa member, tesis siap, murah rezeki, x lupa diri, and harap berjaya kuruskan badan mcm 1st year dulu ! hahahahahahahaha (gelak besar). Akhir kata, mohon maaf yer kalau aku ada salah silap ngan ko. harap persahabatan kita kekal selamanya :) Selamat Hari Lahir Zack :)

donut cucuk dgn lolipoppp..!! comel x cara kitorg celebrate..?
hahahaha sorryyy kedai kek pukul 11 da tutup.

harap dapat jadi kenangan indah untuk ko ! hehe

Drakula mengganas ! maappp..!! hehe

sayangilah adik-adik anda :)

semoga berjaya zack..!! rakan-rakanmu sentiasa mendoakanmu :)

jangan lupa kawan-kawan anda :)

Sekian, atan. hahahahahahaha 




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 11 December 2012

Magic of the Night 2012 !!!


Magic of the Night..!! itu lah tema untuk dinner Pusat Media dan Komunikasi tahun ni. Gerranddd sangat bebudak ni sume melaram malam tuu. bila lagi kan nk berkumpul ramai2 dengan junior-junior. in fact, dinner ni untuk meraikan pelajar2 tahun 3 sebenarnya. sebab kitorg dah nk pegi praktikal sem depan !! so inilah dinner terakhir untuk kitorg. lepas ni kalau ade lagi dinner, kitorg akan dijemput sebagai alumni jeee..so enjoy the last dinner with them ! siyesly, sebak hati bila teringat yg tu adalah dinner terakhir kitorg secara officially. bape kali ntah air mata ni mengalir. hahahaha. even masa budak2 1st year buat persembahan lagu "memori tercipta" pun aku boleh menanges. adoiii..sensitif betul..! paling best aku rasa, video pensyarah. xsangka diorg pun sanggup buat video untuk tontonan kitorg sume. video tu pulak mmg original...! x kan dapat punya dekat Youtube atau mana2. aku nak softcopy video tu tapi rsenya mcm xkan dpt je..huhu..video pensyarah menyanyi+ joget2 mmg mahal la kan nk bagi dekat student ! hahaha. rasanya semua org pun enjoy kot dengan dinner malam tu..bergambar sakan plus dinner kali ni ade anugerah2 mcm ala2 ABPH gituu..hahaha. tahniah diucapkan dekat Fidos ( Anugerah Pelajar Paling Popular), Ketam (Anugerah Paling Versatil), Dewi (Anugerah Paling Kreatif), dan Zack ( Anugerah Penglibatan Pelajar). x lupa jugak untuk Prince and Princess of The Night. x sangka bff aku Iwan Hezwan boleh menang Prince malam tu. tp dia deserve pun untuk dapat. pakaian dia gerrand kot..boleh terbang2. hahahaha. untuk Princess pulak, mmg xde sape boleh nafikan kecantikan kak Nadia malam tu. mmg macam Princess ! sbb selalu dtg kelas biasa2 jee..sekali dtg dinner, amek kau ! cantik gila ! kesimpulannya, Dinner kali ni mmg gerrannddd..dengan Gimik dri junior yg awesome, MC yang hensem dan cantek2, Ketua Pengarah Dinner yang sangat berdedikasi dan komited, ajk2 Dinner yang bagi komitmen yang terbaikkkk termasuk la aku yg sebagai ajk bagi Post Jamuan. makanan sedap gler kan..?? hehehe tgk la sape yg pegi food tester mse tu.hewhewhew. kepada Husna jugak selaku pengarah Protokol, jangan sedih2 yerr..anda dah buat yg terbaikk..!! and x lupa jugak kepada perasmi dan penaja utama dinner kali ni, Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, yg sudi menaja dinner kami last2 minit. dan terima ksih jugak sbb sudi hadir bersama Isteri. :) kepada rakan-rakan KODA, jangan lupakan kenangan kita yerrr...selalu2 la keep in touch sesama kita. banyak sangat kenangan dengan korang. aku sayang korang ! :)


Dinner kali ni sangat menggamit memori..! mari mengupload gambar dinner !!


mari start dengan gambar Dinner dgn makanan !! yummyyyy!!
pilih laa..mcm2 ade..hihi. credit to Pijo ! amek kt blog dia.

Afie adalah MC malam tuu..with Ketua Pengarah Dinner, SalasaMurni :)

perasmi dan penaja utama, Datuk Shaifuddin :)

tema Magic of The Night. usher pun kne la macam ala2 nenek kebayan! hehe

rehat sebentar bersama dessert yang sangat sedap!

Drakula dengan pemenang Anugerah Paling Popular.
untunglahhhh~

dgn Ketam.. pemenang anugerah Paling Versatil


aku suka yg ni ! hewhewhew
pemenang Anugerah Penglibatan Pelajar dan Anugerah Paling Kreatif

bersama Prince of the Night !! fokus dekat cincin! hehe

Mira, Lin, aku, Ana n Hezwan

Drakula mengamukkk..!! Fahmi rela je tuhhh..haha

yang berbaju Pink tu la Princess of the Night !! kak Nadia cantekk !

kami adik beradik since 1st Year. hehe

dengan CT. EH ! silap..dengan Pija elai. hehe

the Most Charming and Gorgeous of the Night :)

Komunikasi Media Tahun 3. mintak izin yerr :)

Komunikasi dan Pengurusan Maklumat Tahun 3. mintak izin jugak yerr :)

Junior 2nd Year :)
1st Year Student. sorryyyyy...terambil dekat fb junior. mohon kebenaran yerr..

The Most Precious People in my life. A part of KODA..!! sayang korang !

okeyyy, gambar berakhir dgn dessert lagiiiiii. nak buat camner, hidup aku ni
makan jeeee..hewhewhew

Sekian sahaja entry Dinner MENTION dari saya, Atan. hahahahahaha gila lahhh..nama ni dah komersial. sume dok pakat panggil aku Atan. adoiiii ~ maap kalau ade gambar2 yg x sempat nk masukkan dlm blog ni.aku letak yg mne ade je.. huhu..pape pun korang tetap hensem dan chantek2 semua malam tuu..! ;)



























Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen