Online Diary ~ Kisah Qaseh Andrea ~: CINTA LAGI..~

Followers

Thursday, 22 September 2011

CINTA LAGI..~


Cinta merupakan salah satu perkara yang subjektif tersenarai dalam banyak-banyak perkara selain daripada sOalan subjektif peperiksaan. Walaupun ia subjektif, x bermakna kita perlu menulis bagi mengisikannya jawapan. Hanya perasaan yang mampu menjadikannya sebagai jawapan. Ketepatan jawapan melalui perasaan itu bergantung pada sejauh mana kita menilainya daripada persepsi sendiri. Sikap egO dan individualistik selalu menjadi bahan kimia berbahaya terhadap ramuan perfume cinta setiap orang. Pasangan yang seperti itu hanya menjadi barah, seterusnya terjun dari bangunan berpuluh tingkat  dan gantung leher di kipas angin yang menjadi penyelesaiannya.adoii..jgn la jd cmni yer kwn2..

Mencari cinta tak memerlukan seseorang itu berlari-lari sana sini. Kalau dah namanya jOdoh, tanpa dicari dia akan muncul sendiri. Orang yang mudah mendapatkan cinta menjadikan mereka sebagai manusia yang kurang menghargai. Umpama tisu, lepas habis diguna, dibuang begitu saja. 


Cinta bukanlah keajaiban, jangan terlalu taksub dengannya kerana cinta juga bOleh menjadi pembunuh yang kejam. Berapa ramai orang yang mati kerana cinta..?

Tak berselera makan > kurus > mati
frust menonggeng > bunuh diri > mati,
tensiOn dengan awek/pakwe > bawak kereta/motor laju-laju > eksiden > mati,
kurung diri dalam bilik > gila > gantung diri > mati,

kat atas tu antara kaedah pembunuhan diri yang pOpular dalam masyarakat kita. Tapi sebagai Islam, adalah diharamkan sama sekali...!!!


Jadi, sebelum bercinta kena pikir dahulu sama ada kita cukup kuat untuk mengawal cinta, ataupun cinta yang bakal menguasai diri kita sendiri. ^ ^






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

3 comments:

  1. Jangan lah kerana cinta kita binasakan diri . Banyak lagi tempat untuk kita berpaut . Dekatkan lah diri kepada Allah untuk memperoleh ketenangan hati . Bagi yang masih mempunyai ayah dan ibu di dunia ni, berikan lah cinta kita kepada mereka , tu lah yang sebenarnya mampu memberi kita kekuatan hati untuk meneruskan kehidupan ini . Jangan jadi lemah kerana seorang lelaki, teruskan hidup . Banyak lagi kebahagiaan hidup yang mampu kita gapai dalam dunia ni . teguhkan lah hati . Kesat air mata dan teruskan perjuangan mencari kebahagiaan yang hakiki dalan kehidupan .

    ReplyDelete
  2. Bila kita da beri sayang kpd org 100 peratus, mmg x mustahil semua itu boleh terjadi, xde ker sedikit belas ehsan kpd org yg pernah kita bagi kasih dan sayang kpdnya dahulu..? xkn xde 1 kenangan manis yg prnah dilalui bersama? xkn begitu mudah kita lupakan kenangan yg pernah diukir bersama, buta sangatkah kita utk melihat apa itu cinta yang sebenarnya..sebelah memendam rasa dan derita, sebelah ketawa gembira ....

    ReplyDelete
  3. Zack : Kadang kadang mencintai seseorang , bukan lah satu jaminan yang kita akan memiliki dirinya . Apa yang pasti , cintai lah dia sebaik mungkin, supaya kita tak kan menyesal di kemudian hari . Jangan lah memendam rasa dan derita yang berpanjangan, kerana kita hanya kehilangan orang yang tidak lagi mencintai kita, tapi dia kehilangan seorang insan yang sentiasa mencintainya sepenuh hati . Semoga berjaya dalam kehidupan . Tata , :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen