Online Diary ~ Kisah Qaseh Andrea ~: ~pesanan utk kaum adam~

Followers

Tuesday 27 March 2012

~pesanan utk kaum adam~


seorg perempuan xkan menangis dengan mudah
tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda
mula merendahkan egonya untuk anda semata2

apabila dia menangis di hadapan anda, kerana anda
pandanglah matanya, bolehkah anda rasa apa yang dia rasa?

pernahkah anda cuba memahami apa yang dia rasa?
berbaloikah dia menangis dihadapan anda?
hanya kerana anda

dia menangis bukan kerana lemah
bukan juga kerana kasihan atau simpati
tetapi kerana
kesedihan yang dialami menjadi semakin berat utk disimpan
kerana dia tidak mampu lg menangis di dalam hati

wahai kaum adam,
cuba ambil masa utk berfikir
jika si dia menangis hanya kerana anda
mungkin sudah tiba masa anda fikir
dimana silap anda
kerana hanya anda tahu jawapannya

fikirkan
kerana satu hari nanti
ianya terlalu lambat untuk menyesal
dan terlalu lambat utk mengucapkan "maafkan saya"

wahai kaum adam
jikalau perempuan itu menangis kerana anda
janganlah biar dia keseorangan
beradalah disisinya, menemani dia
kerana dialah yang akn setia dgn anda
sehingga akhir hayat

wahai kaum adam
jikalau perempuan itu menangis kerana anda
janganlah anda meninggalkannya
selagi dia masih memerlukan anda
kerana ia akan merosakkan hidupnya

wahai kaum adam
jgn pernah ungkapkan rasa cinta anda
selagi anda belum yakin dan belum bersedia
kerana anda hanya akan membuat dia sengsara
mudah bagi seorang perempuan utk berpura-pura
melupakan cinta lama
tetapi bukan mudah utk menghilangkan
parut di jiwa















Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen